وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡۗ
"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).
(Al-Baqarah Ayat: 120)
Benarlah sebagaimana dengan firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran. Sesungguhnya orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redho dengan agama Islam selama-lamanya sehinggalah kita mengikut telunjuk mereka. Hari ini masuk hari yang ketiga rejim Zionis mengganas dengan membedil penempatan penduduk di Genting Gaza sehingga mengakibatkan angka korban terus meningkat dari masa ke semasa serta beratus-ratus yang lain tercedera. Lebih menyedihkan apabila yang terkorban dan tercedera itu ialah orang awam di kalangan orang tua, wanita dan kanak-kanak. Satu kejadian yang paling buruk dilaporkan sejak 60 tahun yang lalu.
Kejadian ini merupakan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku tatkala umat Islam di Malaysia menyambut sambutan Maal hijrah 1430H dengan aman tetapi umat Islam di bumi Palestin menyambutnya dengan dihujani bom mortar, peluru berpandu dan berbagai lagi senjata canggih oleh tentera Israel. Entah apa lagi yang akan dilakukan oleh rejim Zionis untuk menindas umat Islam Palestin selepas ini. Sahabat-sahabat sekalian, sedarlah bahawa rejim Zionis semakin mengganas, saudara kita di Palestin dibunuh tanpa belas kasihan. Sebagai umat Islam kita sepatutnya mempunyai sensitiviti dan turut sama merasai kesakitan yang dideritai oleh rakan seagama kita di bumi Palestin kini. Disebabkan kemampuan kita yang tidak seberapa dan keberadaan kita yang jauh dari mereka maka lakukanlah apa yang termampu sebagai tanda kita bersama dengan mereka. Setidak-tidaknya kita menadah tangan memohon agar Allah s.w.t. mendatangkan pertolongan membantu mereka kerana doa merupakan senjata mukmin yang paling ampuh. Jangan pula kita hanya bertindak sebagai pemerhati. Koreksi diri dan cuba renungkanlah sabda Rasulullah s.a.w di bawah ini:
“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal berkasih sayang dan saling cinta-mencintai dan mengasihi di antara mereka adalah seperti satu tubuh, Apabila salah satu anggota tubuh merasa sakit, maka seluruh anggota tubuh yang lain turut merasa sakit dengan tidak boleh tidur dan demam.” [HR. Bukhari]
'
'
'
No comments:
Post a Comment