22 April 2009

Pembantu Rumah Yang Berhati Binatang

' video

'

http://www.youtube.com/watch?v=93QQVzQmpbk

'

Setelah dicuba dapat juga saya memasukkan video yang terdapat pada laman youtube mengenai kejadian pembantu rumah mendera seorang kanak-kanak. Untuk memudahkan lagi carian saya paparkan juga alamat URL seperti diatas. Terdapat ramai rakan blogers yang memberikan respon terhadap video ini. Oleh yang demikian saya merasakan tidak mahu terkecuali untuk menghebahkannya supaya menjadi pengajaran dan pengalaman buat kita semua yang mempunyai anak kecil terutamanya yang mempunyai pembantu rumah. Berderau darah saya apabila melihat video ini apatah lagi bila membayangkan sekiranya anak saya yang diperlakukan sedemikian. Nauzubillahi min zaalik!

Sememangnya perbuatan pembantu rumah ini terlalu kejam dan tidak berperi kemanusiaan. Budak kecil seumur tiga tahun disepak, diterajang, ditengking dan dipijak-pijak sesuka hati. Astaghfirullahal ‘azim… apa sangat kesalahan yang telah dilakukan oleh budak tersebut sehinggakan diperlakukan sedemikian rupa. Walaupun dia mempunyai akal tidak layak dirinya digelar manusia kerana perbuatannya lebih teruk daripada binatang yang sememangnya tidak mempunyai akal untuk berfikir. Kepada ibu bapa yang mempunyai pembantu rumah berhati-hatilah dengan tidak tanduk mereka mereka ini kerana di depan kelihatan baik seolah-olah "pijak semut pun tak mati". Tetapi dibelakang kita mereka menjadi buas seperti "singa betina".

Mohon agar anak-anak kita diselamatkan dari dipelihara dari dijaga oleh haiwan bertopengkan manusia seperti ini. Semoga Allah membalas dengan balasan yang setimpal terhadap perbuatan kejamnya terhadap kanak-kanak kecil yang tidak mengerti apa-apa.

'

*Pesanan: Video ini tidak sesuai ditonton oleh individu yang sensitif.

'

'

'

5 comments:

wan salmah said...

salam,
astaghfirullah, habis sudah kata2... baik setiap majikan berhati2..

Ameer Arsyad said...

Salam
klu ana lah buat balik kat dia sama apa yg dia buat kat budak tu..biar rasa keadilan,baru orang macam ni sedar.

Ilmuwan Hati said...

ana stuju sgt buat balik kat dia camtu jugak tapi berat badan org yang nak pijak tu mstilah 3x ganda berat bdan dia baru adil.

roseryzal said...

salam sheh.Lihatlah dengan mata hati,bukan dengan mata burung.Kaunselor mana buleh 'menghukumkan,.Renung2kan dan selamat beramal (sila baca menggunakan intonasi Prof Ezi).ok bro,wa cau dulu...op silap, Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh wamaghfiruh

Ilmuwan Hati said...

salam. lihat dgn mata burung tak salah dgn mata hati pun tak salah. tak guna jgk kalu hati kotor so mata akn nampak yg terkutuk pun baik. mmg kaunselor tak boleh menghukum tapi boleh merasa. antara simpati dan empati kena bt pilihan sendiri. waalaikumussalam Tuan Syeikh.