Sepanjang perbualan ibu menceritakan kepada si abang perihal adik yang kini sedang belajar di salah sebuah kolej di Melaka. Kata ibu adik sudah tidak mampu lagi untuk menghabiskan pengajiannya. Alasan yang diberikan adalah kerana adik tidak tahan dengan kerenah kawan-kawan yang tidak sehaluan dengannya. Selalu dengki dan khianat padanya dan memulaukan dirinya. Dalam semua alasan negatif tersebut ibu juga ada memberitahu yang si adik memberitahu bahawa markah keseluruhannya adalah lebih baik berbanding dengan kawan-kawannya yang lain. Si abang ingin sahaja mencelah tetapi memikirkan ibu pernah menangis apabila si abang mengoyakkan keputusan peperiksaan adiknya yang tidak seberapa suatu ketika dahulu membuatkan si abang memendamkan hasratnya.
Si abang hanya mendengar sahaja luahan ibu memandangkan dirinya tidak gamak lagi untuk mendengar ibu menangis kerana anak-anak tetapi di akhir perbualan si ibu menangis jua. Hati anak mana yang tidak tersentuh dan terasa apabila mendengar ibunya menangis mengenangkan nasib anak-anak sedangkan anak sendiri tidak tahu yang si ibu begitu mengambil berat tentang diri mereka. Dengan linangan air mata dan suara yang tersekat-sekat si ibu ada berpesan agar si abang menasihati adik dengan baik kerana adik merupakan seorang yang sensitif dan mudah tersinggung. Si abang mengiakan sahaja permintaan ibunya walaupun dia menyedari sebagai seorang abang apalah daya dirinya untuk merubah pemikiran adiknya tambahan pula si adik berada jauh dari pandangan matanya.
Bermula dari saat panggilan telefon tersebut hati si abang menjadi tidak tenteram kerana memikirkan perihal adiknya. Fikirannya makin tidak menentu apabila mengingatkan harapan ibu padanya agar membantu adik membuat keputusan yang tepat dalam hidupnya. Tanpa berlengah si abang terus membuka komputer riba kepunyaannya dan mencoret pesanan buat adiknya dengan harapan pesanannya akan dibaca dan difahami oleh adiknya. Berikut adalah coretan si abang buat adiknya:
'
Buat adikku yang dikasihi,
Buat adikku yang dikasihi,
'
Ketahuilah bahawa perjalanan hidup kita sebenarnya adalah sama. Cuma bezanya kita, adik tidak mengetahui bahawa abang lebih dahulu melalui apa yang adik lalui sekarang ini. Segala pengalaman pahit abang tidak semua abang ceritakan pada adik. Bukan enam bulan lamanya abang menghabiskan masa menuntut ilmu tetapi enam tahun. Jangan adik bayangkan dalam masa enam tahun itu abang laluinya dengan senyum dan ketawa sahaja. Ada suka ada duka tetapi itulah yang membuatkan abang kuat sebagaimana abang yang adik kenali sekarang.

Ingatlah sesusah mana sekalipun kita dalam mencari ilmu kita tidak boleh meninggalkannya. Melarikan diri dari ilmu ibarat melarikan diri dari nur dan hidayah Allah. Dengan ilmu seseorang itu boleh berubah kepada kebaikan dan dengan ketiadaan ilmu ia boleh menyebabkan seseorang itu jatuh ke lembah kehinaan. Selepas kesusahan pasti akan ada kesenangan. Inilah janji Allah dalam kitab Al-Quran. Siapa sangka dengan kesusahan yang adik alami sekarang akan ada sinar rahmat yang menyusul kemudiannya. Jangan merasakan dengan bertukar tempat pengajian segala masalah akan selesai kerana tidak mustahil akan timbul masalah baru yang lebih berat dan membebankan. Tetap teguhlah pendirian untuk menghabiskan pelajaran ini agar dapat membahagiakan hati kedua-dua ibu bapa kita yang masih bersengkang mata di usia tua mereka demi mencari rezeki menyalurkan duit kepada adik di saat mereka sendiri sering keletihan dan kepenatan.

Pesan terakhir dari abang, ketahuilah bahawa cinta, kasih, sayang, suka, benci, meluat dan sebagainya adalah hak individu. Kita tidak boleh memaksa orang untuk menyayangi diri kita tetapi kita boleh membuatkan orang agar menyayangi dan menghargai diri kita. Dengan kata lain, untuk disayangi makhluk di bumi kita perlu terlebih dahulu disayangi sekalian makhluk di langit. Jangan adik impikan untuk mendapat kasih penduduk di bumi sebelum mendapat kasih penghuni di langit. Biarlah kasih dari langit tumpah ke bumi kemudiannya merebak ke dalam dada semua makhluk yang ada seterusnya memberikan sinar kebahagiaan kepada kita. Disenangi kawan dan dihormati lawan. Bukan dengan kekuatan fizikal tetapi dengan sikap dan akhlak kita yang terpuji. Berusahalah agar menjadi anak soleh yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa dan jangan sekali-kali meninggalkan solat lima waktu. Abang doakan kejayaanmu di dunia melebihi kejayaan abang seterusnya beroleh kebahagiaan di akhirat hendak-NYA. Amin.

Abangmu
Abangmu
14 Syaaban 1430H
'
'
No comments:
Post a Comment