Kebiasaannya apabila melihat ulat yang banyak pasti akan membuatkan tekak kita meloya kerana tidak tahan dengan telatahnya yang melentik2 bergerak ke sana ke mari menghurungi sesuatu. Tetapi apa yang ingin dikongsi hari ini adalah perasaan kagum dan gembira apabila terdapat ramai ulat buku ke sana ke mari untuk mendapatkan buku yang mereka ingini. Alhamdulillah, hari ini saya dan keluarga berkesempatan ke PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009. Pesta ini bermula pada 17 dan akan berakhir 26 April iaitu pada esok hari. Ketibaan saya dan keluarga di sana sekitar pukul empat petang dan ketika itu terlalu ramai orang sehinggakan hendak berjalan dari satu gerai ke gerai yang lain terpaksa berhimpit2. Bilangan orang ramai pula semakin bertambah dari masa ke semasa. Tak sangka pulak orang Malaysia ini rajin juga ke tempat-tempat ilmu seperti ini kerana sangkaan saya mereka hanya ramai ke konsert Jom Heboh atau AF sahaja. Tahniah kerana sudah ada perubahan minda ke arah pembudayaan ilmu sesuai dengan tema pesta buku kali ini iaitu: "Buku: Lakaran Masa Depan."
Seronok tengok gelagat orang ramai yang datang dengan berbagai ragam. Ada yang datang seorang diri, ada yang berdua dengan pasangan dan tidak kurang yang datang dengan keluarga beserta anak-anak. Sudah tentu tujuan mereka ke sini adalah untuk membeli buku. Tidak dinafikan memang banyak buku yang dipamerkan disini dan inilah pameran buku terbesar pernah saya hadiri. Untuk itu saya tidak melepaskan peluang bagi mendapatkan buku2 yang dihajati kerana amat sukar sebenarnya untuk mendapatkan buku2 ilmiah di pasaran. Setelah ditawaf beberapa kali gerai-gerai yang terdapat di situ maka dapatlah saya beberapa buah buku ilmiah seperti yang dihajati. Kebanyakannya adalah buku-buku dalam bidang pendidikan, psikologi dan kaunseling. Buku2 ini saya dapatkan di gerai MAPIM, DAWAMA dan Utusan. Boleh dikatakan semua judul terbaru dan lama berkaitan pendidikan, psikologi dan kaunseling yang terdapat di gerai itu saya beli selagi ia tiada dalam koleksi. Ikutkan hati mahu saja setiap gerai dilawati dan diteliti satu2 buku yang ada tetapi disebabkan mengejar masa untuk pulang ke rumah dan waktu solat saya pergi mana yang sempat sahaja. Terima kasih buat isteri tersayang yang sangup menjaga anak yang dah mula meragam akibat kekurangan tidur dan melayan kerenah saya yang sudah kelabu mata melihat buku2 tersebut ditambah pula dengan diskaun yang diberikan.

Peribahasa Melayu ada mengatakan "Melentur buluh biarlah dari rebungnya." Tidak dilupakan untuk anak kesayangan Nuur 'Atiiqah Mardhiyyah, saya belikan dia satu set buku pembelajaran dalam bahasa inggeris bertajuk “Gogo’s Adventures With English” terbitan Pearson yang didatangkan beserta pen yang boleh bersuara, buku aktiviti, DVD animasi, CD nyanyian dan kad imbasan. Boleh tahan juga harganya iaitu hampir mencecah RM2.2K untuk seunit. Harap dia menyukainya dan memanfaatkan set pembelajaran tersebut.
Membeli dan membaca buku sebenarnya satu pelaburan yang tidak akan dapat dilihat dalam masa yang singkat. Saya begitu yakin sekiranya tabiat ini diteruskan akan ada perubahan minda dari generasi ke generasi seterusnya menjadikan kita warga berilmu pengetahuan dan membentuk satu tamadun bangsa yang unggul. Saya tinggalkan penulisan ini dengan satu mutiara minda dari kata-kata Saidina Ali Karramallahu Wajhah berkaitan ilmu dan harta untuk difikirkan bersama:

'
"Ilmu itu lebih baik daripada harta, sebab ilmu itu selalu menjagamu

dan sedangkan engkau selalu yang menjaga harta."
'
'
'
2 comments:
saya suka komen anda..anda memang ulat buku begitu juga saya dan keluarga..layarilah laman blog saya untuk perkongsian ilmu..wawadahwarahmah@blogspot.com atau mgcpontian@blogspot.com...semoga kota menjadi insan cemerlang minda dan cemerlang segala-galanya
Trima ksih cikgu! hnya ulat buku mgenali kenalannya. insya'Allah sy akan ziarah. smoga kita dpt berkongsi ilmu. bersama memartabatkn profesion perguruan.
Post a Comment