Terdapat satu pengalaman menarik yang ingin saya kongsikan iaitu kejadian yang berlaku apabila saya pulang ke kampung baru-baru ini. Kesempatan berada di tempat orang saya gunakan dengan menemani ibu mertua ke pasar siang yang terletak di Pekan Chemor Perak. Tujuan kami ke sana adalah untuk membeli barangan basah untuk dijadikan lauk santapan tengahari. Untuk makluman, Pekan Chemor adalah sebuah pekan kecil yang komposisi penduduknya pada saya lebih kurang sama bagi setiap bangsa.
Al-kisah hendak dijadikan cerita apabila tiba sahaja di pasar tersebut saya menyuruh ibu mertua pergi dahulu ke dalam pasar kerana saya hendak meninjau apakah barangan yang dijual di bahagian luar pasar. Tiada banyak bezanya barangan yang dijual di sini berbanding pasar tempat saya. Sedikit bezanya mungkin pada individu yang menjadi peniaga di sini kerana peniaga di tempat saya majoritinya adalah berbangsa Melayu. Selesai memantau keadaan di luar maka saya membuat keputusan untuk masuk melihat apakah pula yang dijual di dalam pasar. Melangkah saja masuk mata saya terpaku pada seorang makcik yang berbaju kurung berwarna biru lengkap bertudung sedang berbual2 dengan seorang amoi cina di gerai menjual ayam dan itik. Hati kecil tertanya2 apakah yang dibualkan mereka. Perasaan ingin tahu saya membuak2 lalu menggerakkan kaki pergi meninjau gerai amoi tersebut sambil berpura2 mencari ibu mertua. Sekali lagi mata saya terpaku pada seekor itik yang terkulai layu dengan kesan tebuk di leher yang diletakkan di atas meja peniaga terbabit disamping beberapa ekor ayam. Walaupun perasaan was2 makin menebal tetapi saya pedulikan sahaja kerana berfikiran positif bahawa mereka hanya berbual kosong. Tanpa lengah saya mendapatkan ibu mertua yang sedang sibuk membeli ikan keli di sudut kanan pasar.
Ramalanku benar belaka tatkala hendak keluar dari pasar saya dapat melihat makcik tadi membawa beg plastik berisi ayam yang telah siap dipotong dari gerai amoi tadi. Astaghfirullahhal’azim… beristighfar panjang saya dengan situasi tersebut kerana sudah pasti ayam itu tidak disembelih dengan betul mengikut cara Islam. Melalui pemerhatian tambahan, terdapat satu gerai orang Islam di pasar itu tetapi harganya cuma mahal 10 sen dari pesaingnya yang berbangsa cina. Takkanlah dengan harga lebih 10 sen makcik tersebut sanggup memasukkan makanan yang haram ke dalam mulut keluarganya. Rasa macam nak menjerit sahaja kepada makcik itu dan bertanya atas sebab apakah dia tidak mahu membeli ayam di gerai orang Islam yang sudah pasti halalnya. Adakah disebabkan 10 sen terlalu besar sehingga dia tergamak lakukan demikian. Sekiranya benar saya akan berikan wang saya kepadanya.
Aneh dan aneh, kerana saya rasa macam ada sesuatu lagi yang akan berlaku selepas ini. Kebetulan sewaktu hendak menuju ke kereta sambil tangan membimbit barangan yang dibeli, saya dan mertua melalui sebuah kedai menjual nombor ekor. Apa yang membuatkan saya terkesima kali ini adalah bila melihat terdapat seorang lelaki memakai topi keledar baru sahaja selesai membeli nombor ekor di kedai tersebut. Paling menyedihkan kerana dia bersama dengan seorang budak lelaki berumur lebih kurang 10 tahun. Sudah pasti budak itu adalah anaknya dan anak tersebut melihat ayahnya sendiri membeli nombor ekor. Na'uzubillah.. Yang halal itu terang dan yang haram itu juga terang, persoalannya di sini kenapa lelaki itu membawa anaknya ke tempat sebegitu. Kalau ayah sendiri sudah tergamak memberikan contoh tidak baik kepada anak kandungnya apa lagi yang boleh saya katakan.
Kejadian yang diceritakan di sini adalah sekelumit dari kisah yang berlaku di hadapan mata dan saya amat pasti ia juga turut berlaku di tempat lain. Dua kejadian benar ini benar2 membuatkan saya berfikir dan terus berfikir sehingga ke hari ini ditambah pula bila memikirkan kemelut yang melanda negeri tersebut sekarang. Apakah kesudahan yang berlaku kepada mereka selepas ini. Persoalan ini saya lontarkan pula pada anda untuk memikirkannya. Antara ayam dan ekor di manakah silapnya?
'
4 comments:
Saudara,
Dua peristiwa yang saudara saksikan itu sebenarnya mewakili ribuan peristiwa lain yang berlaku di sekeliling kita akibat sikap tidak ambil berat, sikap tidak apa, dan fenomena jahil agama yang membarah dalam kalangan masyarakat Islam di negara kita kini.Persoalannya, apakah inisiatif kita untuk menyedarkan golongan ini dan membawa mereka kembali ke pangkal jalan. Fikir-fikirkan...
Terima kasih cikgu atas pandangan yang diberikan. Sememangnya ia adalah tugas kita semua kerana menurut Islam manusia adalah khalifah yang ditugaskan mentadbir dunia dengan agama. Pemimpin hendaklah memainkan peranannya dengan menggunakan pengaruh kuasa terhadap agensi terlibat dan guru mestilah dengan didikannya.
salam
Takde yang silapnya...tak kan nak panggil seorang ayam kut...apa sekalipun kita sebagai manusia mudah lupa dengan kekayaan di dunia ini...bagi seorang islam kita telah didedahkan yang mana haram dan yang mana halal...jadi... lu pikirlah sendiri...kalau dah nampak begitu kenapa tidak ditegur...nombor ekor satu lagi barah yang makin berdarah.apakata kalau pihak berkuasa tempatan tutup je kedai nombor tu... takde le nampak lagi orang tikam nombor...betul tak???
Post a Comment