“We can share the experience, but we cannot buy the experience” begitulah bunyi satu peribahasa dalam bahasa inggeris yang masih saya pegang dari dahulu sehinggalah sekarang. Sememangnya sesuatu pengalaman itu boleh dikongsi tetapi ia tidak boleh dibeli walaupun seseorang itu mempunyai wang ringgit yang banyak. Hal ini kerana setiap pengalaman yang dilalui lebih tinggi nilainya dari nilaian wang ringgit di dunia ini. Hanya insan yang terpilih sahaja dapat melaluinya dan setiap pengalaman antara individu ini pastinya berbeza. Orang bijak kebiasaannya akan mengambil pengalaman orang lain untuk dijadikan pedoman dan sempadan buat dirinya agar tidak lagi melakukan kesalahan yang sama atau cuba melakukan kejayaan yang lebih sempurna dari pengalaman orang sebelumnya.
Bertitik tolak dari mukaddimah itu, maka hari ini saya ingin berkongsi pengalaman saya menyampaikan ceramah motivasi dan sesi muhasabah diri bersama dengan pelajar dan ibu bapa di Masjid Abdul Rahman Bin Auf di Petaling Bahagia, Selangor. Program ini anjuran Nisa’ Lembah Pantai dan Jawatankuasa Masjid Abdul Rahman Bin Auf ini berlangsung pada 30 Mei 2009. Membariskan tiga orang penceramah jemputan iaitu Al-Fadhil Ustaz Roslan Mohamed, Raziman Mazli Noutwil dan saya sendiri. Ustaz Roslan merupakan pensyarah UM juga panelis rancangan Al-Kuliyyah tv3 dan Halaqah tv9 merupakan penampilan istimewa untuk program bersama ibu bapa di waktu petang. Saya dan seorang lagi penceramah bersama dengan peserta untuk slot 1 dan 2 di sebelah pagi dan di sebelah petang pula hanya slot untuk saya seorang bersama dengan peserta disamping ditemani isteri tercinta, adik ipar dan anak kecil saya Nuur ‘Atiiqah Mardhiyyah yang baru berusia tiga tahun memerhati saya berceramah dari jauh.
Kehadiran peserta untuk program ini amat memberangsangkan iaitu seramai 109 orang. Peserta terdiri dari pelajar sekolah lelaki dan perempuan kawasan sekitar. Walaupun pada asalnya program ini hanya terbuka kepada pelajar2 tingkatan 1 hingga 3 sahaja tetapi disebabkan permintaan ibu bapa maka terdapat juga adik2 tahun 5 dan 6 sekolah rendah yang menyertainya. Cukup mengujakan apabila saya berceramah di hadapan pelajar2 sekolah menengah sedangkan sebelum ini saya lebih sinonim dengan pelajar2 sekolah rendah. Disebabkan audien berubah maka saya terpaksa menaikkan sedikit laras percakapan saya agar dapat disesuaikan dengan jiwa mereka. Alhamdulillah untuk slot pertama yang bertajuk “Masa Depan Anda Di Tangan Anda” saya dapat sampaikan dengan baik dan lancar dibantu bahan bantu mengajar iaitu powerpoint dan audio visual dan lembaran kertas. Kerjasama yang diberikan oleh peserta membuatkan saya tidak sedar masa berlalu dengan begitu pantas. Syukur untuk slot ini saya sudah berjaya menjalankan rappo dengan peserta. Langkah ini memudahkan saya untuk menjalankan slot seterusnya yang lebih mencabar.
Selesai penceramah kedua memberikan ceramahnya peserta menjamu selera dan bersolat zohor berjemaah di masjid terbabit. Slot ketiga dan ke empat adalah slot yang diberikan kepada saya untuk bersama dengan peserta dan iu bapa. Untuk slot ketiga saya diminta untuk mengadakan sesi muhasabah diri kepada peserta. Sesi ini saya mulakan dengan menayangkan video2 berkaitan bagi menyedarkan peserta tentang peranan mereka terhadap ibu bapa sesuai dengan tajuk yang di beri kepada saya iaitu “Permata Ayah Ibu”. Selesai melihat satu persatu video peserta kemudiannya diproses dengan menggunakan teknik imagery. Alhamdulillah teknik tersebut berkesan menyedarkan peserta dan kesan itu ditambah lagi dengan alunan zikir2 munajat. Zikir dialunkan bertujuan agar peserta tidak hilang fokus terhadap yang Maha Pencipta melebihi makhluk ciptaanNYA. Disebabkan terlalu menjiwai watak seorang anak dan rasa sayang dan kasih kepada mak dan ayah saya juga tidak terkecuali bersama dengan peserta turut mengalirkan airmata. Di sinilah saya merasakan betapa kuatnya tautan kasih sayang yang dikurniakan Illahi antara ibu, ayah dan anak. Subhanallah… selesai muhasabah peserta2 ini akhirnya dipertemukan dengan ibu bapa mereka dalam satu sesi yang dinamakan “Jejak Kasih” untuk tujuan bermaaf-maafan. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan ibu bapa memberikan kerjasama yang cukup baik sewaktu sesi ini dijalankan.
Setelah semuanya selesai dan sedang saya mengemaskan peralatan terdapat beberapa orang peserta datang mengucapkan terima kasih disamping memeluk erat badan saya. Dalam kebanyakan mereka itu, terdapat seorang peserta telah meluahkan isi hatinya kepada saya. Antara kata-katanya yang menyentuh hati ialah “Ustaz, saya ada adik-beradik 7 orang tetapi hanya saya seorang yang sembahyang.” Fahamlah saya bahawa peserta ini memahami mesej ceramah saya sebelum ini iaitu sekiranya tiada di kalangan ahli keluarga kita yang mahu menadah tangan kepada Allah memohon doa terhadap kedua ibu bapa kita maka kitalah yang perlu melakukannya. Mudah2an dia menjadi anak soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapanya. Beruntunglah ibu dan bapa sekiranya anak mereka mahu menjadi anak soleh dan solehah yang selalu mendoakan kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat. Kepada peserta lain, ingatlah pesanan saya semasa di program tersebut, jadilah anak soleh dan solehah kepada kedua ibu bapa kalian dan buktikan bahawa anda benar2 permata ayah ibu. Kepada penganjur, jutaan terima kasih di ucapkan atas pengalaman berharga ini. Semoga usaha yang sedikit ini menjadi bukti bahawa kita tidak lari dari memikul tanggungjawab untuk mengajak manusia ke jalan kebenaran.

'
Ilmuwan Hati bersama Ustaz Roslan Mohamed
'
'
2 comments:
Salam.
Inilah sebenarnya 'anak permata negara'.
W'salam.
Setuju dengan puan. alangkah indahnya negara ini jika didominasi oleh anak-anak soleh dan solehah. Memudahkan kerja guru untuk mendidik dan apabila mereka besar bakal menjadi pemimpin yang dapat memakmurkan dunia dengan agamanya. amin.
Post a Comment