12 February 2011

Pengalaman Ceramah Motivasi Belajar PMR dan SPM di SMK Putrajaya Presint 11(2)

Seakan percaya atau tidak saya menerima undangan daripada SMK Putrajaya Presint 11(2) untuk menyampaikan ceramah motivasi belajar untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting iaitu PMR dan SPM. Undangan yang datangnya atas usaha seorang Guru Bimbingan dan Kaunseling iaitu Puan Paidatalli menjadi kenyataan pada 07 Januari 2011 yang lalu apabila saya buat pertama kali bertandang ke sekolahnya.

Pertemuan bersama dengan pelajar sekolah menengah sebenarnya agak baru bagi saya walaupun sebelum ini sudah agak biasa dengan siswa siswi di poloteknik tempat dimana saya pernah menuntut ilmu suatu masa dahulu. Melalui alumninya, saya sering juga dijemput untuk melakukan program bersama mereka sekiranya berkelapangan. Kerisauan saya untuk program ini ada asasnya kerana pelajar yang saya berdepan ini merupakan pelajar yang akan menduduki peperiksaan penting. Selama empat tahun ini, saya akui bahawa saya sudah mulai sebati dengan lenggok bahasa yang digunakan untuk murid sekolah rendah. Menerima jemputan bererti saya perlu untuk menaikkan laras bahasa saya agar lebih tepat dan secara langsung kepada sasaran.

Bermula dengan set induksi iaitu kisah 'yang hitam ke yang putih', saya berjaya untuk menjelekitkan peserta dengan saya. Apabila fasa pertama berjaya maka ia memudahkan lagi fasa seterusnya iaitu menyampaikan isi berpandukan objektif program dianjurkan. Dalam sesi ini saya banyak mengajak peserta untuk membuka minda agar turut berjaya seperti insan lain yang sudah berjaya. Menerangkan perbezaan antara individu bermotivasi dan tidak bermotivasi. Penerangan mengenai kuasa perubahan sikap dan kesan daripada komunikasi yang tidak betul terhadap diri sendiri dan rakan. Seterusnya ialah tips2 untuk menduduki peperiksaan dengan cemerlang dan yang terakhir tayangan video lagu 'pesan abang' nyanyian allahyarham Sudirman Haji Arshad sebagai motivasi kepada peserta untuk terus bersemangat menduduki peperiksaan.

Alhamdulillah hasil pengamatan, saya dapati pelajar memberikan fokus kepada isi penyampaian dan apa yang lebih mengharukan saya ialah apabila di akhir sesi tersebut mereka berpusu2 menemui saya untuk mengucapkan terima kasih. Ternyata mereka terus mengaplikasikan apa yang saya katakan sebelum ini dalam sesi ceramah tersebut. Terima kasih diucapkan kepada Pn. Paidatalli atas jemputan yang secara tidak langsung memberikan saya pengalaman berharga ini. Respon baik daripada guru2 dan pentadbir yang memerhati sepanjang sesi juga menjadikan ianya satu pengalaman yang manis buat saya. Insya'Allah momentum ini akan saya teruskan sehingga saya dapat melangkah ke Institut Pendidikan Guru atau universiti yang sememangnya menjadi impian saya selama ini. Mohon didoakan agar impian ini menjadi kenyataan. Ameen.
'
MutiaraMinda2u:
"Rahsia kejayaan dalam hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma pada bila-bila masa dan di mana jua."
'
"

2 comments:

Teacher Maria said...

Tahniah. itu tandanya, anda dihargai dengan ilmu kaunseling yg ada. kak sendiri pun terleka bila mendengar ceramah dari Putera Ilmuan.

Putra Ilmuwan said...

Terima kasih kak krn mmberikan komen positif yg membina. Insya'Allah moga saya yg tidak terleka bila berbicara. hajat dihati nak smbung master untuk menambah lg ilmu didada. akak doakan ia jd kenyataan ya. tqsm!