Hujung minggu ini saya berkesempatan bersama keluarga untuk pulang ke ipoh iaitu rumah ibu mertua saya. Kepulangan pada kali ini adalah sebagai kunjungan balas kerana pada 2 minggu sebelum ini kami hanya pulang dan bermalam di Pulau Pinang sahaja. Memandangkan cuti agak lama keerana sambutan krismas maka kepulangan kami menjadi kenyataan. Ibu mertua saya adalah orang yang paling suka kerana seorang anaknya yang bekerja di klang turut bersama n dua orang anak perempuannya yang masih menuntut di USM Pulau Pinang dan UITM Arau Perlis turut pulang ke sama.
Pulang ke ipoh kali ini agak berbeza kerana saya membawa pulang 7 ekor sugar glider yang pada asalnya hanya 4 sahaja saya perlu bawa. Seekor saya dapat percuma dari insan yang baik hati dan lagi 2 ekor adalah 'boarding' dari pelanggan yang ke Australia. Kuala kangsar adalah tujuan utama kerana di situ kami dapat melihat rumah idaman kami yang dalam proses pembinaan.
Perjalanan ke bandar Taiping adalah bertujuan untuk jalan2 mencari barangan sahaja. selepas itu kami ke kuala sepetang untuk makan mee udang banjir sebagai pengalaman baru kepada dua adik ipar saya yang belum pernah ke sana. Setibanya di sana kami terpaksa menunggu lama untuk makan kerana orang begitu ramai. Selepas itu kami pun ke zoo Taiping untuk merasai pengalaman Night Safari. Sekali lagi bukan hanya perlu menunggu lama tetapi terpaksa beratur panjang untuk menaiki tram.
Pengalaman di kedua2 tempat ini bolehlah dikatakan sebagai input baru bagi saya kerana sekiranya belum
merasai maka tidak tahu keunikannya. Paling penting keluarga saya terutamanya anak kesayangan Nuur 'Atiiqah Mardhiyyah & Nuur Raiyhaan Saafiyyah menyukainya.
26 December 2011
15 December 2011
Penangan Blog MutiaraMinda2U Masih Berbisa
Dua hari lepas saya menerima satu panggilan telefon daripada seorang Guru Bimbingan Dan Kaunseling daripada sebuah sekolah yang terletak di Negeri Sembilan. Panggilan tersebut adalah untuk menjemput saya sebagai penceramah dalam sesi bersama ibu bapa untuk murid tahun enam sekolah tersebut yang akan diadakan pada hujung Januari tahun hadapan. Begitu awal perancangan guru ini dan alangkah terkejutnya saya kerana dia mendapati maklumat mengenai perkembangan saya melalui blog MutiaraMinda2U ini dan mendapat nombor telefon daripada sekolah saya sendiri. Sangkaan saya selama ini bahawa selepas kewujudan facebook blog ini sudah kurang fungsinya ternyata meleset sama sekali.
Berdasarkan perbualan guru ini tertarik dengan coretan peristiwa, pengalaman dan gambar2 yang dipaparkan di dalam blog ini. Seterusnya beliau menjejaki saya di laman maya dan terus menghubungi pihak sekolah untuk mendapatkan no telefon saya. Sememangnya beliau begitu bersungguh2 untuk mendapatkan khidmat saya yang pada pandangan saya tidaklah seberapa. Hal ini sebenarnya membuatkan saya berada dalam delima untuk menolak permintaannya memandangkan beliau sudah berusaha bersungguh2 untuk menjadikan majlis tersebut realiti dengan kewujudan saya sebagai penceramah. Dalam perbincangan itu juga beliau berharap agar ada perkongsian ilmu dari saya untuk memajukan perkhidmatan kaunseling di sekolah masing2. Terasa seakan kerdil dibuatnya saat itu kerana bila memikirkan prestasi saya di sekolah pun tidak seberapa tetapi harapan dan pandangan orang sekeliling menggunung tinggi. Bukan seorang dua tetapi ramai sebenarnya yang yakin dengan kemampuan saya antaranya adalah kedua ibu bapa, keluarga, sahabat karib, rakan2 seperjuangan, dan ramai lagi tetapi saya sendiri yang agak kurang yakin untuk menggalas dan menyahut cabaran tersebut. Satu alasan yang tidak sepatutnya keluar daripada seorang kaunselor. Apapun saya sedar saya hanyalah insan biasa yang tidak lekang dari kesilapan dan kelemahan tetapi akan sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik saban hari dan dari masa ke semasa.
Untuk makluman, dalam pada masa yang sama sebenarnya saya juga menerima undangan daripada pihak Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) untuk program orientasi pelajar baru mereka sekitar seminggu lagi. topik berkisar kepada etika dan sahsiah sebagai seorang mahasiswa. Bagaimana hendak dikhabarkan pun entahlah, di saat saya mula menguncup untuk program2 motivasi kerana memberi fokus kepada pengajian dan bisnes lain, dapat pula banyak undangan yang tidak dijangka2. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi di sebalik semua ini. Koreksi diri saya simpulkan bahawa kudrat ini masih diperlukan untuk membangunkan ummah melalui medan dakwah kontemporari daripada pandangan seorang kaunselor sejati. Insya’Allah.. akan saya lakukan yang terbaik!!!
09 December 2011
Memanfaatkan Telefon Pintar
Post pertama menggunakan gajet iphone4 yang sudah lama dibeli tetapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya. Terasa seperti ada kelompongan pabila teknologi tidak dimanfaatkan semaksima mungkin.
Semalam dengan kelapangan masa yang ada saya cuba untuk men'download'kan sebanyak mungkin aplikasi yang terkandung di dalan gajet ini membuatkan saya terasa begitu rugi kerana lambat memilikinya berbanding rakan yang lain. Sebelum ini saya menggunakan telefon pintar dari jenama htc yang boleh tahan juga harganya berbanding iphone4 ini tetapi kalau hendak dibandingkan dari segi aplikasi dan kegunaannya saya betul2 berpuas hati dengan iphone4 yang dimiliki kini. Aplikasi al-quran, to do checklist, timer, games dan pelbagai lagi memudahkan urusan dan menghiburkan saya. Insya'Allah sekiranya penulisan kali ini berjaya di post dan memenuhi citarasa saya maka akan mudahlah saya menulis di masa akan datang seterusnya blog ini takkan bersawang lagi di kala sahabat lain meninggalkan penulisan mereka di laman blog masing2 n saya memiliki semangat baru.
Ermmmm... Alhamdulillah selepas di'post'kan artikel di atas dan dilihat di kaca skrin monitor pc maka saya amat berpuas hati dan membuat kesimpulan akan terus memanfaatkan kemudahan ini. Nantikan penulisan seterusnya menggunakan telefon pintar ini. Ada orang tulis di ruangan chat kalau bt blog kene promo kalau tidak akan jadi syok sendiri. Pada saya biarlah begitu dan tetap berkeyakinan akan ada yang menbaca penulisan ini setidak2nya anak2 saya yang kian membesar. Jumpa lagi! :)

Subscribe to:
Posts (Atom)