26 December 2011

Mee Udang Banjir Kuala Sepetang & Night Safari

Hujung minggu ini saya berkesempatan bersama keluarga untuk pulang ke ipoh iaitu rumah ibu mertua saya. Kepulangan pada kali ini adalah sebagai kunjungan balas kerana pada 2 minggu sebelum ini kami hanya pulang dan bermalam di Pulau Pinang sahaja. Memandangkan cuti agak lama keerana sambutan krismas maka kepulangan kami menjadi kenyataan. Ibu mertua saya adalah orang yang paling suka kerana seorang anaknya yang bekerja di klang turut bersama n dua orang anak perempuannya yang masih menuntut di USM Pulau Pinang dan UITM Arau Perlis turut pulang ke sama.

Pulang ke ipoh kali ini agak berbeza kerana saya membawa pulang 7 ekor sugar glider yang pada asalnya hanya 4 sahaja saya perlu bawa. Seekor saya dapat percuma dari insan yang baik hati dan lagi 2 ekor adalah 'boarding' dari pelanggan yang ke Australia. Kuala kangsar adalah tujuan utama kerana di situ kami dapat melihat rumah idaman kami yang dalam proses pembinaan.

Perjalanan ke bandar Taiping adalah bertujuan untuk jalan2 mencari barangan sahaja. selepas itu kami ke kuala sepetang untuk makan mee udang banjir sebagai pengalaman baru kepada dua adik ipar saya yang belum pernah ke sana. Setibanya di sana kami terpaksa menunggu lama untuk makan kerana orang begitu ramai. Selepas itu kami pun ke zoo Taiping untuk merasai pengalaman Night Safari. Sekali lagi bukan hanya perlu menunggu lama tetapi terpaksa beratur panjang untuk menaiki tram.

Pengalaman di kedua2 tempat ini bolehlah dikatakan sebagai input baru bagi saya kerana sekiranya belum
merasai maka tidak tahu keunikannya. Paling penting keluarga saya terutamanya anak kesayangan Nuur 'Atiiqah Mardhiyyah & Nuur Raiyhaan Saafiyyah menyukainya.

No comments: