07 November 2011

Aidiladha @ Putrajaya

Tahun ini saya dan keluarga hanya menyambut Hari Raya Aidiladha atau hari raya korban hanya di Putrajaya sahaja. Walaupun pada dasarnya mempunyai cuti yang agak panjang memandangkan sekolah menganbil cuti ganti dari jumaat hinggalah selasa tetapi disebabkan tugas dalam kerjaya yang masih belum selesai dan tugasan pengajian saya dan isteri membuatkan kami mengambil keputusan untuk tidak pulang berhari raya di kampung halaman. Ditambah lagi pada jumaat walaupun sebenarnya saya bercuti tetapi tetap menghadiri mesyuarat di Pejabat Pelajaran WP Putrajaya kerana memegang jawatan sebagai Jurulatih Utama pelaporan kaunseling bagi peringkat Putrajaya dan perlu selesaikan tugas dalam minggu ini juga. Alhamdulillah dengan bantuan pegawai dan rakan2 kaunselor semuanya dapat berjalan dengan lancar.

Mengenang kembali peristiwa berhari raya di perantauan ini sebenarnya adalah kali ketiga kami tidak pulang berhari raya di kampung. Semuanya terjadi pada hari raya Aidiladha. Tahun pertama adalah semasa mula2 perkahwinan dahulu memandangkan kos untuk pulang tidak mencukupi maka kami membuat keputusan untuk beraya di puchong sahaja iaitu rumah sewa kami dahulu. Tahun kedua adalah semasa menginap di Fasa 8 Presint 9 Putrajaya iaitu rumah apartment dahulu sebelum berpindah ke rumah ini sekarang. Rasanya disebabkan faktor cuti yang singkat membuatkan kami tidak pulang dan tahun ketiga adalah kali ini.

Sedih sememangnya sedih apabila takbir berkumandang teringat mak dan ayah di kampung tetapi keputusan telah dibuat dan ada perkara yang perlu diutamakan membuatkan hati ini tabah. Berhari raya di tempat yang tidak mempunyai saudara-mara dan rakan2 yang turut pulang berhari raya di kampung membuatkan suasana agak hambar di sini. Cuma saya bersyukur kerana terdapat dua puteri yang menemani dan menghiburkan hati. Tanpa mereka berdua pastinya kami tidak akan berada di sini.

Bermula di pagi hari bersolat sunat hari raya aidiladha di masjid besi yang agak ramai juga makmumnya mungkin mereka juga tidak pulang memandangkan terdapat tugasan n cuti yang singkat. Kemudian bersama keluarga bersalaman dan bermaafan seterusnya menikmati juadah yang disediakan oleh isteri iaitu mi sup. Tidak kemana2 dan tidak menerima tetamu membuatkan hari ini terasa kosong sahaja. Apapun saya tetap bersyukur kerana masih lagi diberikan kesempatan bersama keluarga tercinta untuk berhari raya. Salam Aidiladha buat semua.