19 October 2011

Langkahku Terhenti Sebentar..




Minat menulis mula menurun apabila blogger.com sudah tidak boleh lagi untuk 'copy' hasil tulisan yang dibuat di dalam 'word' kemudian 'paste' sahaja ke dalam catatan. selalunya begitulah yang saya lakukan untuk memudahkan urusan. Tetapi bila perkara yang sama sudah tidak dapat dilakukan maka perasaan malas menulis dan mencurahkan idea mula menular dalam diri ini kerana cara yang diperlukan untuk memuatkan artikel adalah dengan menaip di ruang catatan sambil melayari internet. nampak seakan mudah sahaja untuk dilakukan ditambah dengan banyaknya pengalaman dan perkara yang mahu dikongsi bersama tetapi perasaan malas itu membungkan jua.

Memandangkan saya banyak urusan lain dan ruang untuk menulis biasanya hanya dilakukan ketika tidak mempunyai akses internet secukupnya justeru itu hanya 'microsoft word' menjadi peneman untuk mencurahkn sesuatu. Menulis sebenarnya memerlukan komitmen yang tinggi ditambah dengan idea yang perlu digarap secepatnya. jika tidak idea tersebut akan hilang dengan begitu sahaja bagai angin lalu. menulis juga memerlukan konsentrasi yang tinggi untuk fokus pada isi yang hendak disampaikan. kebiasaannya saya akan menulis di waktu malam hening kerana ketika itu cukup memberikan inspirasi buat saya.

Berita baik bagi blogger yang tidak cukup masa seperti saya kerana baru sebentar tadi saya mencuba kaedah lama iaitu dengan mengambil hasil tulisan sebelum dan Alhamdulillah hasil tulisan dapat dimuatkan ke dalam ruangan catatan blog seperti biasa. dengan kata lain blog yang bersawang ini akan kembali ceria dan aktif seperti sediakala. ada perkara yang saya mahu kongsikan denga pembaca sekalian iaitu tentang semangat untuk menulis datang kembali dan siapakah yang menberikan inspirasinya di ruangan akan datang. sampai bertemu lagi.'

''

'