Salam. entah kenapa malam ini terasa sangat nak menaip keyboard pc sedangkan sudah lama tidak aktif menulis/menaip. sekadar untuk meluahkan bahawa hati ini terasa sangat rindu untuk kembali menulis. menulis sebenarnya menajamkan fikiran dan dapat mengembalikan semula ingatan terhadap kejayaan yang sudah dilalui. banyak pengalaman yang dicoretkan disini menjadi inspirasi buat saya dalam meniti hari2 mendatang. Semoga cuti persekolahan kali ini memberikan saya banyak masa untuk menukilkan kembali pengalaman terbaru yang dilalui dan melontarkan idea2 untuk perbincangan bersama. adalah diharapkan rakan2 blogger suatu ketika dahulu kembali aktif agar saya juga tidak menjadi pasif. apapun alasan sebenarnya mahu atau tidak kitalah yang menentukan. semoga berjumpa lagi dalam penulisan akan datang. Insya'Allah..
'MutiaraMinda2Me:
"Tidak dinamakan pemandu sekiranya tidak memandu walaupun mempunyai kenderaan dan tidak dinamakan blogger sekiranya tidak menulis walaupun mempunyai blog."'
'
'
No comments:
Post a Comment