'Ilmuwan Hati: Sengaja saya paparkan kisah ini walaupun melucukan tetapi ada mesej tersirat yang perlu difahami terutamanya kepada golongan ibu bapa, agamawan dan pendidik. Dalam sesetengah keadaan tahap pengetahuan generasi muda terhadap ibadah asas dan agama Islam sendiri sangatlah cetek. Maka tidak hairanlah baru2 ini ada kenyataan yang jujur dan ikhlas dari seorang selebriti iaitu dia tidak menyesal berpelukan dengan kekasihnya kerana padanya ia bukanlah satu kesalahan yang besar sehingga boleh menjejaskan ekonomi negara. Sememangnya ungkapan ini ikhlas kerana pada saya itulah sahaja pengetahuan agama yang dia ada sama seperti pemuda yang terdapat dalam cerita di atas. Iktibar dari kisah ini, sewajarnya pengetahuan mengenai perkara-perkara asas yang dituntut oleh agama dan batas2 yang diizinkan perlu diberi perhatian oleh semua ibu bapa, guru2, ustaz, ustazah sejak dari bangku sekolah lagi. Adalah diharapkan apabila asasnya sewaktu kecil sudah kuat maka individu ini apabila dewasa kelak akan terus istiqamah memperdalamkan ilmu pengetahuannya berkaitan agama dan mengamalkannya.

















